Selepas Mengikuti Bina Insan Guru II
1. Refleksi ke atas masalah dalam diri
a) Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri:-
1. Ketepatan masa
2. Phobia kepada ketinggian dan “water activity”
3. Keyakinan diri semasa menjalani aktiviti lasak
4. Keaktifan dalam sukan
b) Rancangan pelan tindakan untuk menambahbaikan
Matlamat umum:-
i) Menepati masa
ii) Lebih yakin dalam menjalankan aktiviti lasak (seperti abseiling, flying fox, rock climbing,snorkeling, diving and etc) dan lebih berani
iii) Lebih aktif dalam kegiatan kesukanan
Objektif:
i) Menjadi lebih peka kepada ketepatan masa
ii) lebih yakin dan berani semasa melakukan aktiviti lasak
iii) Lebih aktif dan berjiwa kesukanan
2. Pelan tindakan
a) Langkah-langkah yang perlu diambil:-
- Membaca buku “Action research” untuk mengetahui dengan lebih mendalam cara-cara untuk menyelidik kajian tingkah-laku
- Setiap hari set alarm atau “reminder” supaya sentiasa menepati masa
- Menyertai lebih banyak aktiviti lasak untuk mengatasai masalah phobia kepada ketinggian dan “water-activity”
- Aktifkan diri dalam sukan dengan bersukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
b) Mengumpul data
- Buat catatan berkenaan ketepatan masa apabila menghadiri ke kelas, perjumpaan dengan pensyarah, kawan-kawan dan sebagainya.
- Bertanya kepada rakan sebilik atau rakan-rakan yang rapat jika saya ada perbaiki kelemahan dari segi ketepatan masa
- Catat berapa kali saya menyertai aktiviti berkenaan sukan
- Bertanya kepada diri dan kawan-kawan jika saya mampu atau telah mengatasi masalah phobia semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang menguji keberanian diri
c) Pemantauan kepada rancangan yang dilaksanakan
- Memantau berdasarkan data atau catatan yang diperolehi secara keseluruhannya
- Jika tiada peningkatan atau kemajuan, perlu “revised plan” dan mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan
d) Penilaian kepada perancangan yang dilaksanakan
- Berdasarkan data yang diperolehi dan pemantauan, nilai samada diri saya lebih berdisiplin dari segi ketepatan masa ke kelas dan sebagainya
- Adakah saya lebih berani dan yakin menghadapi cabaran yang dilontarkan apabila melakukan aktiviti-aktiviti lasak?
- Adakah saya lebih aktif dalam melibatkan diri dalam sukan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment