Wednesday, May 27, 2009

Assignment 3

Action Research Proposal
Lecturer: Hajah Halimah Harun
Tajuk:Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Tiga dalam Subjek Sejarah Melalui Kaedah Lakonan

Latar belakang:
Subjek sejarah hanya menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh dan memberi gambaran jelas tentang sejarah negara. Pengajaran sejarah lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan tentang aspek kehidupan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Rentetan peristiwa ini disusun secara kronologi supaya pelajar dapat memahami proses perkembangan masyarakat dan negara, serta unsur-unsur kesinambungan dan perubahan yang berlaku. Dalam rentetan peristiw a ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang kaitan dengan sejarah negara kita. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan sejarah Malaysia.

Objektif :
1.Untuk memantapkan ingatan pelajar terhadap kronologi peristiwa penting dalam subjek Sejarah.
2.Untuk menyatakan tarikh-tarikh penting dengan tepat
3.Untuk meningkatkan kefahaman pelajar

Kaedah:

Langkah 1: Mengenalpasti masalah
•Pelajar sukar memahami dan mengingati kronologi peristiwa dalam subjek Sejarah.
•Pelajar kurang berminat dalam subjek Sejarah kerana ia membosankan.

Langkah 2: Merancang dan melaksanakan penyelidikan
•Menilai tahap kefahaman pelajar melalui pra-ujian.
•Menggunakan kaedah lakonan di mana pelajar dikehendaki melakonkan peristiwa sejarah .
•Setiap pelajar mesti memainkan peranan dalam lakonan tersebut: Penjajahan Jepun di Tanah Melayu (Leftenan Adnan). Lakonan dirakamkan oleh guru.
•Pelajar yang tidak terlibat dalam lakonan dikehendaki mencatat isi-isi penting daripada lakonan tersebut.
•Beberapa orang pelajar dipilih untuk membuat ulasan tentang kefahaman mereka setelah menyaksikan lakonan.
•Tahap kefahaman pelajar diuji sekali lagi melalui post-test.

Langkah 3: Pengumpulan data
•Markah ujian pra-ujian dan post-test dibandingkan.
•Menukarkan data ke dalam bentuk carta bar untuk menunjukkan perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas aktiviti lakonan dijalankan.

Langkah 4 : Refleksi dan penilaian
•Guru membuat refleksi mengenai pencapaian pelajar sebelum dan selepas ujian.

Group Members:
SAW YING YU (P48662)
SYAIDATUL HAINI BT MOHD RADZI (P48676)
RASYIDATUN NAJA ISA (P48623)
NURKHALISAH BT MUSTAPA (P 48600)
ASPARILA CHE MAT (P48577)

No comments:

Post a Comment